
Makluman Penting: Penamatan Pelan Pascabayar B10
Kepada pelanggan yang dihargai,
Dimaklumkan bahawa bermula 1 Julai 2025, pelan pascabayar B10 tidak lagi akan ditawarkan kepada semua pelanggan ONEXOX BLACK.
Penamatan Pelan B10:
Pelan B10 akan dihentikan daripada ditawarkan kepada pelanggan baharu mulai tarikh tersebut.
Untuk Pelanggan Sedia Ada:
Pelanggan yang telah melanggan pelan B10 sebelum 1 Julai 2025 masih boleh menikmati pelan ini seperti biasa, selagi langganan tidak ditamatkan oleh pelanggan sendiri.
Pelan Alternatif:
Anda masih boleh melanggan pelan-pelan pascabayar ONEXOX BLACK yang lain melalui:
- Aplikasi BLACK
- XOX Self Care
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma & Syarat terkini yang telah dikemas kini.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Khidmat Pelanggan XOX di 1300 888 010.
Terima kasih kerana terus memilih ONEXOX sebagai pilihan telekomunikasi anda.
10 Jun 2025

Makluman Penting: Penamatan Pengaktifan Baharu Pelan Pascabayar & Prabayar FC – The Bos Gaurus (TBG)
Pelanggan Yang Dihargai,
Efektif 23 Mei 2025, pelan pascabayar dan prabayar edisi FC – The Bos Gaurus (TBG) tidak lagi akan ditawarkan untuk pengaktifan baharu buat pelanggan XOX.
Pelan yang terlibat termasuk:
- TBG39 (RM39)
- TBG50 (RM50)
- TBG89 (RM89)
- TBG150 (RM150)
- Pelan Prabayar TBG-X (RM10)
Bagi pelanggan sedia ada yang telah melanggan pelan edisi FC – TBG sebelum tarikh tersebut, anda masih boleh terus menikmati pelan ini seperti biasa, selagi langganan tidak ditamatkan secara sukarela.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma & Syarat terkini atau hubungi Khidmat Pelanggan XOX di 1300 888 010 untuk sebarang pertanyaan.
Terima kasih kerana terus memilih XOX sebagai pilihan telekomunikasi anda.
23 Mei 2025

Important Update: We’re Making Bill Payments Easier – Here’s What’s Changing from 1 July 2025
Dear Valued Subscriber,
Starting 1st July 2025, you’ll notice a smoother, more secure way to pay your Postpaid bills for ONEXOX BLACK, ONEfamily, MySISWA, and SISWA PLUS Plans. Moving forward, payments will go through our official digital platforms only.
Just choose the channel that works best for you:
- BLACK App (search XOX BLACK in Google Play Store or Apple iOS store)
- XOX Self Care Portal: Click the link here
- Our trusted payment partners are listed in the app
This upgrade is part of our plan to simplify your experience and keep everything at your fingertips.
If you are currently using alternative payment methods, we encourage you to start using these methods at your earliest convenience for a smooth payment experience.
For assistance or more information, visit https://onexox.my/onexox-black or contact our Careline at 12273 or 1300 888 010.
Thank you for your continued support.
5 May 2025

Important Update: We've updated our SIM Activation and e-KYC verification Terms and Conditions
Dear Valued Subscribers,
Please be informed that the Terms & Conditions for SIM Activation and e-KYC verification for new registrations have been updated.
The revised Terms & Conditions will replace the previous version effective immediately.
To read the full updated Terms & Conditions, please visit: [https://onexox.my/tandc/details/online-store].
Thank you for your continued support.
30 April 2025

Makluman Penting: Perubahan Program ADX
ADX akan dinaik taraf untuk menggantikan sistem berasaskan points dengan memperkenalkan pengalaman loyalty baharu yang lebih bermanfaat kepada pengguna. Berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025, pengeluaran ADX Points di bawah Program ini akan dihentikan.
Apakah Perubahan yang Akan Berlaku?
Mulai 1 Mei 2025, para pengguna tidak akan lagi memperoleh ADX Points bagi sebarang transaksi tambah nilai atau pembayaran bil, tanpa mengira saluran pembayaran yang digunakan. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada Aplikasi BLACK, portal Selfcare, Kad Tambah Nilai di Pengedar Sah XOX Mobile, Kod Elektronik, Resit Tambah Nilai serta JomPAY.
Bagaimanakah Perubahan Ini Memberi Kesan kepada Anda?
ADX Points akan tamat tempoh mengikut kaedah first in, first out, iaitu pada hari terakhir bulan kalendar dalam tahun berikutnya dari bulan ADX Point tersebut diperoleh. Point yang diperoleh terawal akan tamat tempoh dahulu.
Walau bagaimanapun, kesemua ADX points yang belum ditebus akan tamat tempoh selewat-lewatnya pada 30 September 2025. Sebarang ADX Points yang tidak ditebus selepas tarikh tersebut akan luput dan tidak dapat digunakan lagi.
7 April 2025

Makluman Penting: Penamatan Pakej Tempoh Sah Prabayar
Pelanggan Yang Dihargai,
Dimaklumkan bahawa bermula 1 Jul 2025, dua (2) pakej Tempoh Sah Prabayar berikut tidak lagi akan ditawarkan kepada semua pengguna pelan Prabayar ONEXOX, termasuk Pelan WAWA, Pelan MYSISWA dan Pelan TBG:
- PAKEJ VALID6 (RM18)
- PAKEJ VALID12 (RM25)
Walau bagaimanapun, pelanggan yang telah melanggan mana-mana pakej ini sebelum tarikh berkenaan masih boleh menikmati manfaat yang ditawarkan sehingga tempoh sah pakej tersebut tamat, tanpa sebarang gangguan.
Anda masih boleh menguruskan tempoh sah nombor prabayar anda melalui Aplikasi BLACK atau XOX Self Care seperti biasa.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma & Syarat terkini yang telah dikemas kini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Khidmat Pelanggan XOX di 1300 888 010.
Kami menghargai sokongan anda dan ingin mengucapkan terima kasih kerana terus memilih XOX sebagai pilihan telekomunikasi anda.
3 April 2025